Friday, 3 August 2012

Dugaan itu untuk aku


Terlalu banyak yang jadi sejak akhir-akhir nie, smpai kpala pun rasa nak jammed. 2 bulan yang lepas perangai aku berubah. Aku jadi cepat marah, kuat maki hamun manusia sekeliling aku dan selalu menyendiri persetankan apa orang nak mengata belakang. Perangai jadi sangat membenci dengan semua orang termasuk orang yang aku sayang. Smpai satu tahap, kawan baik aku sendiri mengeluarkan perkataan "BENCI" aku. banyak hati yang terguris aku ketepikan semua tu. Semakin hari kawan-kawan mula menjauhkan diri, mengata belakang aku, dan mengeluarkan kata yang sangat sakit untuk aku dengar. Jahat nya aku? 


Malam jumaat lebih kurang sebulan lepas, balik dari latihan aerobik aku dan kawan2 lepak dulu sebelum balik rumah. masa lepak kepala aku pening sgt *mcm ada yang tumpang kat kepale nie :(
aku suruh bit2 hantar aku balik naik motor tggalkan kwn2 ak yang tgh lepak tu, *selfish kan aku?
Atas motor kepala dah berat sgt, smpai depan pak gurard aku trus pengsan. Tak sedarkan diri smpai satu suara manusia dalam dunia nie aku tak dengar, telinga aku jadi pekak, mata aku jadi buta, fikiran aku jadi kosong dan deria rasa aku satu pun tak jalan.
Esoknya hari jumaat aku sedar dalam pukul 6 petang di rumah aku, family, kawan semua disekeliling aku, badan aku penat. Sangat penat! tangan, kaki, badan semua bahagian bengkak. Aku terbaring atas katil dengan air mata dan keletihan. *apa jadi dengan aku? 
Lepas sedar aku minum air, dapat berjalan dan makan. *makan byk mcm tak mkn setahun =P
Kawan-kawan balik selepas sembahyang maghrib, bila aku tanya knapa dengan aku, cner diorang tau rumah aku semua soalan hanya tinggal soalan, mereka balik dengan senyuman dan nasihat 

"zanna, jaga diri, ini barulah zanna"

Beberapa hari lepas tu badan da mula oke, sepatutnya balik kolej ahad tapi aku asyik ditahan sebab akak tak bagi balik katanya tunggu sihat. *enough!knapa dgn semua orang nie tak faham aku!

"Dekna kena satau sebab tu k.nini tak bagi s.alam dulu" 

Aku tak tahu samaada nak caya atau tak, tapi itu lah yang jadi, punca ak penat, badan aku bengkak, perangai aku berubah, punca aku bukan diri aku yang sebenar, punca aku menyendiri, dan dibenci manusia sekeliling. Dari kata ustaz, ada seseorang telah hantar sihir tu, punca? aku sendri pun tak tau. *alhamdulillah dapat kesan awal. =)

Bila dah sihat balik s.alam kawan-kawan ceritakan hal sebenar apa yang jadi pada malam tu, mereka bawak aku pergi tahfiz aku dikeliling tahfiz yg mmbaca yassin@ayat suci al-quran, menjerit, meraung, menangis semua itu aku. Malam tu aku gigit sase =E  , aku meronta, kawan-kawan lelaki yang tahan aku supaya aku tak lari itupun boleh terlepas, suara aku jadi garau, mata aku jadi merah. *itu bukan aku. . . 
Lepas dari perkara nie aku nekad mulakan dunia baru, aku tak tau knapa, untuk percaya orang luar aku takut. Aku menjauhkan diri dari lelaki yang aku tak knl ataupun nk kenal. Fon tak mcm dulu lagi, aku takut, betul aku takut. Sekarang fon hanya berbunyi bila kawan yang betul-betul aku kenal dan kawan-kawan kolej je. yang lain ak tak akan angkat atau balas. Itupun permintaan family aku sendri. 

Terima kasih Sase, bit2, dhaus, shamil, onan, adib, key, effa, hanie, cyiera, budak rumah sase, ustaz, tahfiz, family, housmate dan especially amir khalis sbb tlong aku malam tu tanpa tidur dan makan. terima kasih kawan =)  


Sayang lah seseorang tanpa mengharapkan balasan dan tanpa dendam


maafkan aku, perasaan tak boleh dipaksa, insaflah, sihir itu prbuatan terkutuk.